Monday, August 1, 2011

hari pertama

30 minit lagi..dugaan2..ari ni ari pertama berpuasa..sambil santai depan tv tengok jejak rasul mata asyik dok ngendap jam dinding atas tv.sambil-sambil tu jugak la dok ngendap koridor sebelah kanan kot2 org dh nk pergi masjid waktu maghrib..haaa..suis nasi dh bbunyi,maknanya nasi dh masak..sabar lah wahai hatiku.besar pahalanya bersabar di bulan ramadhan ni..
arini ni jgak la 1st day aku bersahur dan berbuka seorang diri buat pertama kalinya.sebelum ni pun pernah,tp bukan pada hari pertama.setiap tahun hari pertama berpuasa wajib aku balik kampung temankan mak ayah aku berpuasa. byk hikmah gak berbuka sorang2 diri ni,rasa cam matang sket la aku yang slalunya cam keanak2an ni. pastu kna masak sniri lak nk pergi ke bazar ramadan xberteman. hurmm..

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan..setelah setahun dia pergi, kini dia kembali. Dengan izin mu Ya ALLAH aku dipertemukan kembali dengan ramadhan lagi. Alhamdulillah. aku bermohon padamu Ya ALLAH bukakanlah pintu hatiku Ya ALLAH untuk sujud menyembah mu Ya ALLAH. aku bermohon pada mu Ya ALLAH semoga aku mampu mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan Nur mu Ya ALLAH. Amin. Amin. Ya Robbil Alamin..


Thursday, February 24, 2011

Potrait


Terima Kasih diucapkan kepada kawan-kawan ku yang membenarkan lensa kamera ku merakam wajah-wajah anda. Dan Terima Kasih juga kerana membenarkan aku menge'post wajah anda disini..






Sekian...wassalam..

Ronda-ronda Kuala Lumpur.








Wednesday, February 23, 2011

Hasil Tangkapan

Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil..ke laut membawa pulang hasil laut seperti ikan,udang,sotong..kalau ke ladang pasti membawa pulang hasil pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran..hahaha..apa yang aku repekkan ni..emm..sambungan post yg lepas hasilnya nah tgk ni..saya budak baru belajar...

Tangkapan Pertama

kemudian ni yang selepas2 itu la kan




Wassalam..berjumpa lagi di post akan datang..

Tuesday, February 22, 2011

Nikon D3000


Nikon D3000

Apakah ia??..haha . Nikon D3000 merupakan sebuah kamera DSLR.bukanlah yang terbaik kalau nk dibandingkan antara kamera-kamera DSLR yang wujud di alaf ini.tapi beginner cam aku ni. Ini dah cukup untuk mengimprovekan minat diriku dalam bidang Fotografi..haha..berjuta terima kasih kepada insan yang banyak memberi sumber-sumber tambahan dan sumber-sumber inpirasi kepada aku untuk menambahkan minat ku..semoga lebih sukses di hari depan..so untuk next post nantikan gambar-gambar yang terhassil dari lensa d3ooo dan iris mata ku ini..wassalam..

Monday, February 21, 2011

Permulaan

Jauh Perjalanan , Luas Pemandangan

Antara kata-kata yang jadi perangsang bagi diriku untuk berhijrah dari sebuah bandar kecil ke kota raya yang menjadi ibu negara malaysia. Permulaan langkah kaki ku yang ku sertakan dengan kucupan mesra dan izin kedua ibu bapa ku. Walaupun jauh sudut hati ku berat untuk ku tinggalkn insan yang paling aku sayangi itu. Walaupun berat untuk ku tinggalkan sahabat-sahabat yang sentiasa membuat aku tersenyum, namun akan sentiasa sematkan dalam hati ku setiap kenangan dahulu kala..Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pulak tempat makan free..


Hijrah

Tempat baru,wajah pun baru..tapi hati, jiwa, akal masih sama..identiti pun sama..aku masih sama macam dulu..saja cari perubahan kecil untuk suntik semangat..syukur segala yang dirancang dan diusahakan masih berjalan lancar tanpa sebarang masalah..Alhamdulillah..