Monday, August 22, 2011

Seniman Menangis

seniman menangis

malam ini akulah seniman
setelah kita putuskan hubungan
tiada kawan yang dapat meneka
ku berduka

ku berikan majlis bergembira
ku tertawa, minum dan berdansa
hingga diri yang sedang berduka--
tak percaya

aku tersenyum
ku tersenyum dan tertawa
ku berdansa
ku berdansa bagai nak gila

kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan;
kau akan melihat
seniman ini menangis.

tapi dinda,
bila kawanku pulang
seniman ini duduk keseorangan
hingga diriku yang sedang berduka--
tak percaya

tapi dinda,
apabila tabir ditutup
lampu2 gelap gelita
ku duduk keseorangan

kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan
kau akan melihat
seniman ini menangis.

p/s..tersentuh,dan amat memahami..

Hati Berbisik lagi

Aku dah berubah..

dari kecil aku mahu jadi anak kampung..
bermain lumpur, bermain di pondok usang, bermain di serata pelusuk kampung..
tapi kini semua berubah..
aku berubah..kawan kawan juga berubah..malah org kampung ku juga berubah..kampung pun berubah..
tiada lagi kawan kawan...tiada lagi orang kampung..tiada lagi kampung..

aku berubah kerana semua itu berubah..kerana mereka semua la aku terpaksa berubah..hakikatnya aku xikhlas untuk berubah..

kawan kawan..
teman..
sahabat..
kenalan..
berubah..
masing masing mahukan perubahan..sebab itu aku berubah..
mereka tak hendak lagi main lumpur..tidak mahu main dalam semak..pondok usang kecil kami pun ditinggalkan..
apa yang mereka mahu..video game,playstation kini xbox mungkin..permainan orang bandar belaka..
dulu kalau nk cari kawan,pasti di padang bola..di shopping complex..paling tidak di bus stop..
kini xpayah semua tu..laman sosial kn banyak..facebooktwittermyspacedsbglah..hurmmm

dulu kalau mahu ke pekan..menuggu bas di pondok bas perkara biasa..naik bas ke pekan atau bandar juga perkara biasa..
tapi sekarang kalau menuggu bas di pondok bas..orang yang lalu lalang akan melihat seperti melihat makhluk asing yang menunggu kapal angkasanya..hurrmmm..

Thursday, August 18, 2011

Bertunang..


Definisi bertunang di sisi agama Islam.
Menurut Dr.Yusof Al Qardawi, pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut.
Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Kebanyakan para ulama mengatakan hukum bertunang adalah diharuskan atau dibolehkan.

Tempoh sepatutnya pertunangan berlangsung?
Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh pertunangan hendaklah tidak dilamakan atau sebaiknya dipercepatkan.
Maka jelaslah, agama Islam amat menitik beratkan akan perkahwinan dan pertunangan menjadi pintu gerbang ke arah perkahwinan dengan masih menetapkan syarat-syarat penjagaan akidah dan iman seorang muslim. Dengan itu pertunangan tidak menghalalkan persentuhan antara pasangan, tidak menghalalkan zina dan tidak menghalalkan khalwat.

p/s.. saya tunangan orang..

Tuesday, August 9, 2011

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

P/S -->
jangan lupa kepada mereka yang bukan kakitangan kerajaan yang terus dihimpit masalah dan kemiskinan kesan dari kenaikan harga barang yang akan berlaku setiap kali kenaikan gaji atau bonus dikeluarkan.

Monday, August 8, 2011

DADDY SEX TU APA ????!!!!!

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada
daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang
yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang
masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat
dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan
harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak,
hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi
dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman
sekolah menengah lagi
hinggalah kepada kelahiran seorang
bayi comel iaitu si anak yang bertanya
itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek.
Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada
muka depan tertulis.... .
>
>SC
ROLL DOWN....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> NAME : ............ ......... ......... ....
> SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
> CLASS : .............. ......... ......... .....
> SEX :........... . ......... .......... ....
>





~ something to make u laugh..

Saturday, August 6, 2011

Marahku..

Bila kemarahan menguasai diri.....
Bila emosi gagal dikawal.....
Tangan dan kaki mula terketar2 mencari sasaran.....
Disitu sentiasa akan berlaku kesilapan.....

Aku dengan perangai panas baran ku.....
Tidak pernah akan berubah.....
Telah kucoba tuk berubah.....
Namun jerit lagak mencabar itu tetap datang...

Aku juga insan biasa.....
Bukan insan sempurna.....
Kesabaran ku cuba dahulukan.....
Namun ada batasnya.....

Minda dan hatiku jangan dimainkan.....
Jangan diulang ulang kebencianku.....
Kelak akan memakan diri.....
Hati luka seumur hidup.....

Ini amaran terakhir ku.....
Tidak mahu memakan hati.....
Jika lebih batasnya nanti.....
Sumpah aku sumpah terakhir.....

Bukan niat mahu mengugut.....
Tapi benar pedih di hati.....
Bagai besi menyala api.....
Setitik minyak terbakar lah diri.....

Wednesday, August 3, 2011

Orang Sakit


Hari ni 3ramadan dh. Alhamdulillah 3ari berpuasa dengan lancar. Yang tidak berapa lancarnya kesihatan aku ja. Lepas terawih malam kedua ja,mula rasa sakit2 badan. Hari keesokannya trus xleh bgun sahur . Terasa azab pulak. Tapi aku gagah nk posa gak walaupun dok kna marah dengan beberapa pihak sebab paksa makan ubat. Arini dah kebah demam sket.tinggal batuk dengan sakit tekak ja. Alhamdulillah. wassalam