Thursday, August 18, 2011

Bertunang..


Definisi bertunang di sisi agama Islam.
Menurut Dr.Yusof Al Qardawi, pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut.
Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Kebanyakan para ulama mengatakan hukum bertunang adalah diharuskan atau dibolehkan.

Tempoh sepatutnya pertunangan berlangsung?
Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh pertunangan hendaklah tidak dilamakan atau sebaiknya dipercepatkan.
Maka jelaslah, agama Islam amat menitik beratkan akan perkahwinan dan pertunangan menjadi pintu gerbang ke arah perkahwinan dengan masih menetapkan syarat-syarat penjagaan akidah dan iman seorang muslim. Dengan itu pertunangan tidak menghalalkan persentuhan antara pasangan, tidak menghalalkan zina dan tidak menghalalkan khalwat.

p/s.. saya tunangan orang..

No comments:

Post a Comment